assalamualaikum Pictures, Images and Photos

>>>DOAKU AGAR<<<


MyCartopia.com Click here to get one

kunci kejayaan...gud luck 4 final exam!!!!!!


Kadang-kala, di dalam perjalanan hidup yang berliku mengejar cita-cita, ada sahaja halangan dan dugaan yang mendatang. Diri mula terasa lemah, jiwa mula terasa gelisah, hati tidak tenang, fikiran menjadi tidak tentu arah. Namun, itu semua harus dilalui, kerana matlamat akhir, iaitu kejayaan yang ingin dimiliki.

Diri ditarbiah, dimotivasikan untuk mendapatkan kembali semangat baru untuk bergerak maju ke hadapan tanpa menoleh ke belakang. Kegagalan silam dijadikan kunci kejayaan yang mendatang. Tetapi, mampukah semangat ini terus dinyalakan di dalam diri? Agar tidak padam seperti dahulu tatkala diri ditimpa dugaan sekali lagi.

Ingatlah, jangan sesekali berputus asa. Jangan sesekali mensabotaj diri sendiri dengan mengatakan bahawa diri tidak mampu mengharungi dugaan-dugaan itu. Ingatlah, Allah S.W.T. tidak menurunkan sesuatu dugaan itu kepada hamba-hambanya jika hamba-hambanya tidak mampu menghadapinya. Antara salah satu kaedah atau tindakan yang boleh diambil untuk terus menyemarakkan api perjuangan di dalam diri adalah, dengan menjadi seorang insan yang istiqamah. “Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan Tuhan kami adalah Allah, kemudian,mereka tetap istiqamah, maka tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tiada (pula) berduka cita.” ( Surah Al-Ahqaaf: 13)

Latih diri dalam menjadi seorang yang insan yang istiqamah dalam apa jua pekerjaan yang dilakukan. Kenali diri, sayangi diri, dan letakkan matlamat jangka panjang. Antara cara-cara yang boleh dipraktikkan untuk menjadikan diri seorang insan yang istiqamah dan secara tidak langsung, lebih berjaya dan disayangi yang Maha Esa adalah:

1) Menjaga hubungan dengan Allah S.W.T
Jagalah ibadat-ibadat wajib dan seelok-eloknya, perbanyakkanlah ibadat-ibadat sunat.

2) Masukkan matlamat di dalam doa
Mohonlah kepada Allah, sesungguhnya Dia Maha Mendengar.

3) Mulakanlah pekerjaan dengan berdoa
Bagi yang masih belajar, mulakan belajar dengan berdoa dan seelok-eloknya,
duduk
menghadap ke arah kiblat.

4) Berterusan dalam mencari ilmu
Hal ini kerana, ianya dapat memberi semangat kepada diri untuk terus berusaha.

5) Amalkanlah perkara-perkara yang dapat menarik hidayah Allah S.W.T
Contohnya, solat berjemaah, membaca Al-Quran dan saling memaafkan serta
kasih-mengasihi
sesama manusia.

6) Kenali diri
Ubah sikap-sikap yang negatif kepada positif.

7) Menolong insan lain untuk berjaya
InsyaAllah, Allah akan pula menolong kita untuk berjaya. Allah akan menolong hamba-
hambanya selagi mana hamba-hambanya menolong antara satu sama lain.

8) Iklankan matlamat
Tampal atau tulis matlamat tersebut dipapan kenyataan tempat belajar kita, agar dapat
dibaca selalu, seterusnya dapat mengingatkan diri dan memberi semangat untuk kita
terus
berusaha untuk mencapai matlamat tersebut.

Allah sayang akan hamba-hambanya yang istiqamah di dalam pekerjaan. Janganlah berputus asa dengan rahmat Allah. “ Katakanlah, hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah..” (Surah Al-Zumar:53)

Berusaha sebaik mungkin dan kemudian bertawakallah kepada-Nya. Istiqamah dalam pekerjaan dan berjuanglah selagi masih ada peluang yang diberikan. Kuatkan semangat. Apa yang penting adalah usaha dan tawakal, insyaAllah kejayaan yang dicari-cari selama ini mampu dimiliki.




MAJLIS HARI RAYA PIPAQ.....




SALAM W.B.T ..
DIJEMPUT AHLI PIPAQ KE MAJLIS JAMUAN HARI RAYA FAKULTI PENDIDIKAN PD HARI JUMAAT NIE,2 HB BERMULA JAM 11 PAGI....SAMA2 KITA MERIAHKANNYA....

P/S: PIPAQ DIAMANAHKAN MENJAGA SATU GERAI MAKANAN..MINTAK ADA YG JADI SUKARELAWAN...SILA BERKUMPUL RAMAI2 DI GERAI KITA PD PAGI JUMAAT TERSEBUT....WASSALAM.

PEMERGIAN RAMADHAN DITANGISI,KEDATANGAN SYAWAL DIRAI..

ASSALAMUALAIKUM W.B.T KEPADA SAHABAT2 SEMUA...SEMOGA BERADA DALAM KEADAAN SIHAT WALAFIAT HENDAKNYA,AMIN.....SEDAR X SEDAR,RAMADHAN AL-MUBARAK BAKAL MELABUHKAN TIRAINYA..TERDETIK DI HATI PENULIS,YA ALLAH ALANGKAH SINGKATNYA RAMADHAN INI....ADAKAH TAHUN HADAPAN,AKU MASIH DIBERI PELUANG OLEH-MU MERASAI & MENIKMATI BULAN YG PENUH BARAKAH INI???

ATAUPUN,INI MERUPAKAN RAMADHAN TERAKHIR BUATKU?DOAKU,MOGA2 KITER SUME DIBERI KESEMPATAN LG UTK BERJUMPE DGN RAMADHAN BERIKUTNYA...INSYALLAH...



More RAMADHAN graphics

More RAMADHAN graphics



TINGGAL BEBERAPA HARI LG,KITA BAKAL MERAIKAN SYAWAL..PASTINYA SEBAHAGIAN BESAR SAHABAT2 DH PON PULANG KE KG HALAMAN MASING2 BKN?(TERMASUK PENULIS SENDIRI)..SY TELAH PULANG & BERSAMA DGN KELUARGA YG SY AMAT SY CINTAI..ALANGKAH TENANGNYA HATI INI BILA BERSAMA MEREKA,MELUPAKAN SEKETIKA ASGMENT YG DATANG BERTIMPA2,,LUMRAH BG SETIAP MAHASISIWA..HEHE..

SYAWAL INI,,MARILAH SAMA2 KITA MEMANFAATKAN CUTI SMGGU INI UNTUK SAMA2 ZIARAH MENZIARAHI SESAMA AHLI KELURGA & RAKAN TAULAN,.INILAH MASANYE KITA MENGERATKAN HUBUNGAN PERSAUDARAAN SESAMA KITA..WALAUBAGAIMANAPON,,DALAM KITA BERGEMBIRA,JANGAN DILUPA PADA YG TIADA DAN KURANG BERNASIB BAIK.SENTIASA LAH MEMANJATKAN KESYUKURAN DI ATAS NIKMAT YG ALLAH KURNIAKAN KEPADA KITA SUME..
More AIDILFITRI graphics


More AIDILFITRI graphics



AKHIR KALAM,,,SEMOGA PEMERGIAN RAMADHAN DITANGISI DENGAN PENUH KEINSAFAN & KEDATANGAN SYAWAL DIRAI DENGAN SERIBU KESYUKURAN KEPADA ILAHI...WASSALAM.

maaf dipinta.....

Sy, bg pihak yg meng'update blog ni memohon seribu kemaafan tuk sahabat2 sekalian krana kebelakangan ini x berkesempatan menjenguk...terlalu sibuk ngan jadual kelas & asgment yg padat menyempitkan masa yang ada tuk memberi informasi yang lebih kpada sume...maaf ya!!!ANYWAY,,SELAMAT ARI RAYE & SELAMAT MERAIKANNYA BERSAMA KELUARGA TERCINTA...

Iftar Jami'e Pi Tahun3













salam,,,,,,,,Pada 6/9/09 telah diadakan satu majlis berbuka puasa (iftar Jami'e PI tahun 3) di perkarangan GM,Fpend..Ramai jugak yang join,,,terima kasih untuk sahabat2 yang sudi menghadirkan diri bagi memeriahkan lagi majlis ini..Kehadiran anda amat kami hargai. Program ini telah di'organize' oleh Exco Kerohanian,Mohd Aizat & Timb. Exco Kerohanian iaitu Fatin Afikah serta Ajk2 mrk yang telah bertungkus lumus memastikan ianya berjalan lancar.
Majlis ini bermula jam 6 ptg,dimulai dengan tazkirah oleh Ustaz Kamarulzaman,pensyarah kita yang tidak asing lagi..pastu dlm kul 7.15,break untuk berbuka puasa bersama2,.Selain dari majlis berbuka puasa,diadakan solat terawih secara berjemaah.
Akhir sekali,diharapkan program2 yang akan datang mendapat sambutan seperti majlis ini kerna dengan program2 sebegini akan lebih mengeratkan talian persaudaraan sesama kita.WASSALAM.

ramadhan karem

MAJLIS BERBUKA PUASA PI TAHUN 3

PENGUMUMAN BUAT SAHABAT2 SEKALIAN...............


Majlis berbuka puasa PI Tahun 3 akan diadakan sebagaimana yang berikut:

TARIKH: 6 SEPTEMBER 2009.

TEMPAT: PERKARANGAN GERAK MINDA,FAKULTI PENDIDIKAN,UKM.

MASA: BERMULA JAM 6 PTG-HABIS TERAWIH.

PEMBAYARAN BOLEH DIBUAT KEPADA:
1) ZULHUZAIFAH & MOHD AIZAT (MUSLIMIN)
2) HASLINDA HUSSIN & SAMIRAH ASY SYIFA (MUSLIMAT)

BAYARAN SEBANYAK RM10.00 SETIAP SEORANG

(SELEWAT2NYA JUMAAT INI-4/9/2009)


P/S: BAGI MUSLIMAT,SILA BAWA TELEKUNG & SEJADAH UNTUK SOLAT..


SELAMAT BERPUASA & MARILAH SAMA2 KITER MEYEMAI MAHABBAH MELALUI PROGRAM SEBEGINI.....SEKIAN,WASSALAM.

PERASMIAN BENGKEL SOFTSKILL PIPAQ.....






PROGRAM PESTA KONVOKESYEN KE-37

12 Ogos 2009
10.00 am - 1.00 pm
Alunan Rentak Islam
Pentas Kebudayaan
8.00 am - 5.00 pm
Voices Of Tomorrow
Dewan Gemilang
2.00 pm – 5.00 pm
Konvo Fear Factor
Pentas Kebudayaan
8.00 pm - 11.00 pm
Bicara Ad-Din
Pentas Kebudayaan
13 Ogos 2009
8.00 am - 12.00 pm
Riang Ria Bersama Pizza Hut
Pentas Kebudayaan
8.00 pm - 11.00 pm
Malam Perasmian
Dataran Dewan Gemilang
14 Ogos 2009
8.00 am - 12.00 pm
Choral Speaking
Pentas Kebudayaan , Dewan Gemilang

Pertandingan Azan
Dewan Gemilang

Pertandingan Hafazan
Bilik Konvensyen Kolej Keris Mas

8.00 am - 5.00 pm
Festival Pantun (Saringan)
Pusat Penyelidikan Dan Inovasi
2.30 pm - 5.00 pm
Kids Fun Cheer
Pentas Kebudayaan
Cosplay Convo
Pentas Diraja
Pertandingan Tilawah / Iqra
Dewan Gemilang
8.00 pm - 11.00 pm
Malam Simfoni Nurani
Pentas Kebudayaan
15 Ogos 2009
8.00 am - 12.00 pm
Demonstrasi Arena Pendekar
Pentas Kebudayaan
Pesona Wanita Anggun
Dewan Gemilang
8.00 am - 5.00 pm
Pertandingan Memancing
Tasik Kejuruteraan

Pertandingan Reka Cipta Wau Bulan Dan Permainan Rakyat
Pusat Penyelidikan Dan Inovasi

Festival Pantun (Final)
Dewan Gemilang

Pertandingan Chess
Bilik Konvensyen Kolej Keris Mas
2.00 pm - 5.00 pm
Ilusi Suara UKM
Pentas Kebudayaan
8.00 pm - 11.00 pm
Evolusi Seni Tari
Pentas Kebudayaan
16 Ogos 2009
9.00 am - 5.00 pm
Enchanted Motor Show
Dataran Dewan Gemilang
Convo Car Saloon
Convo RC Drift Battle
8.00 pm - 11.00 pm
International Culture Show
Dewan Gemilang
17 Ogos 2009
9.00 am - 12.00 pm
Malaysian Cooking Challenge
Dataran Dewan Gemilang
Forum
Dewan Gemilang
Pertandingan Pidato
Pusat Penyelidikan Dan Inovasi
9.00 am - 5.00 pm
Super Built Tower
Pentas Diraja
2.00 pm - 5.00 pm
Malaysian Books of Records
Pentas Kebudayaan
Sejenak Bersama UKM
Pusat Penyelidikan Dan Inovasi
8.00 pm - 11.00 pm
Seni Pentas Dimusical
Pentas Kebudayaan
18 Ogos 2009
9.00 am - 12.00 pm
Seni Kaligrafi
Pentas Diraja
Pertandingan Kawad Kaki
Stadium
8.00 pm - 11.00 pm
Majlis Malam Penutup
Pentas Kebudayaan

H1N1,,,,,,peringatan buat smua mahasiswa/i



Bangi, 11 Ogos : Sejumlah 203 kes baru influenza A(H1N1) termasuk 6 kes kematian dilaporkan dan kesemuanya adalah kes tempatan yang terdiri daripada warga negara Malaysia. Jumlah terkumpul kes influenza A(H1N1) di Malaysia sehingga 10 Ogos 2009 adalah sebanyak 1983 kes dengan jumlah kematian 32 orang.

Untuk makluman, pada masa ini terdapat seramai 67 pesakit sedang dirawat di hospital dan seramai 15 lagi dirawat di ICU. Daripada 15 kes yang berada di Unit Rawatan Rapi, 6 daripada mereka mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik (3), obesiti (1), post-delivery (1) dan bayi (1).

MPP Fakulti Pendidikan, Affandi Abdul Rahman menyifatkan penyakit ini tersebar begitu pantas dan mahasiswa/i seharusnya mengambil berat akan situasi ini.

"Angka kematian semakin meningkat dan ada mahasiswa/i UKM yang turut disahkan positif H1N1. Jadi, saya menyeru kepada semua agar mengambil langkah pencegahan sebelum keadaan menjadi lebih parah."katanya.

Merujuk kepada situasi global, sehingga 10 Ogos 2009, sejumlah 208,155 kes dengan 1,688 kematian telah dilaporkan daripada 174 negara. Ia merupakan peningkatan sebanyak 1066 kes dengan 100 kematian berbanding dengan hari sebelumnya.

Justeru, mahasiswa/i dinasihatkan supaya sentiasa mengambil langkah-langkah berikut :

  1. Bagi mereka yang mengalami simptom dan berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi akibat jangkitan Influenza A(H1N1) diminta SEGERA mendapatkan rawatan. Rawatan anti-viral akan diberikan tanpa memerlukan ujian pengesahan makmal. Rawatan ini sangat berkesan untuk mengubati pesakit jika dimulakan dalam tempoh 48 jam selepas gejala bermula.

  2. Bagi mereka yang mempunyai simptom yang ringan diminta untuk mendapatkan rawatan simptomatik. Mereka juga dinasihatkan untuk berada di bilik dan membatas pergaulan serta aktiviti di luar. Kebersihan diri dan etika batuk perlu sentiasa diamalkan. Sekiranya terpaksa keluar, pakai penutup mulut dan hidung (mask) jenis ‘three ply’ untuk mengurangkan penularan virus kepada orang lain.

  3. Berikan perhatian kepada tanda-tanda amaran seperti masalah sukar bernafas, demam atau sakit dada yang berterusan, batuk/kahak berdarah, muntah/cirit-birit yang kerap. Dapatkan rawatan SEGERA apabila mengalami tanda-tanda tersebut.

  4. Mahasiswa/i diminta terus mengamalkan cara hidup sihat termasuk banyak meminum air, tidak merokok, makan secara sihat dan melakukan aktiviti fizikal. Amalkan langkah-langkah pencegahan H1N1 bagi mengurangkan penularan penyakit ini.

  5. Penutupan sesebuah institusi bergantung pada penilaian risiko yang dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah dan persetujuan bersama dengan pihak pengurusan institusi.

  6. Di hospital kerajaan, ujian pengesahan jangkitan influenza A(H1N1) hanya dibuat untuk kes-kes yang dimasukkan ke hospital sahaja.

Mahasiswa/i boleh mendapatkan maklumat melalui talian hotline yang beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang di talian 03-88810200 dan 03-88810300. Maklumat terkini juga boleh didapati daripada laman web Kementerian Kesihatan Malaysia http://www.moh.gov.my dan http://h1n1.moh.gov.my.

Kerjasama semua pihak amat diharapkan supaya jangkitan H1N1 dapat ditangani dengan berkesan.

Tautan Kasih Bersama Dekan...(2/8/09)

Terima kasih kepada sahabat2 semua kerana sudi hadir ke majlis tautan kasih bersama dekan kiter, Datin Siti Rahayah Arifin smlm...syukran...gmbar2 akan diupload dr semasa ke semasa...so....selalu la check blog ni ek......





PERHATIAN!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Salam.....Semua warga PIPAQ Tahun 3....Sahabat2 semua diwajibkan hadir ke:
Program Tautan Kasih Bersama Dekan
Tema: Kasih Dihulur Sayang Disambut
Tarikh: 2/8/2009
Hari: Ahad
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Kompleks Bestari
Pakaian: Formal Guru
p/s: Kehadiran akan diambil...sesiapa yang tidak menghadirkan diri..diminta memberikan surat tunjuk sebab kepada Penyelaras PIPAQ....Dr. Isa....

MESYUARAT KALI-1 MT & EXCO PI TAHUN 3

Perbincangan Program Dan Aktiviti Pelajar Pendidikan Islam Tahun 3
Cadangan :
1. Hari Keluarga Pendidikan Islam tahun 3
2. Kem Motivasi untuk pelajar sekolah
3. Jelajah IPT bagi Pendidikan Islam sama ada di USIM/UPSI/UTM/UPM
4. Karnival Sukan Bowling
5. Majlis Berbuka Puasa
6. Usrah bersama pelajar-pelajar Pendidikan Islam tahun 1 dan 2
7. Jualan dan tempahan bleser
8. Friendly IPT Netball and Futsall
9. Bengkel Kesedaran SivikDinner Pendidikan Islam Tahun 3.

Tazkirah
1. MT dan Exco muslim diminta untuk memberi tazkirah lima minit sebelum kuliah bermula
2. Tazkirah yang berkaitan dengan isu-isu semasa
3. Bertujuan untuk muhasabah diri dalam diri setiap pelajar

Tema Pakaian Pelajar Pendidikan Islam Tahun 3

1. Cadangan untuk mewajibkan kepada semua pelajar Pendidikan Islam tahun 3 memakai pakaian mengikut tema pada hari yang ditetapkan iaitu :
i. ISNIN : Baju bewarna biru,bertali leher bagi lelaki dan berkasut
ii. KHAMIS: Baju batik dan berkasut
2. Semua ahli mesyuarat bersetuju dan tema pakaian ini akan dikuatkuasakan bermula pada minggu hadapan.


Pemilihan Nama Bagi YDP PIPAQ
Cadangan :
1. Mohd.Khomeini bin Meor Shaari
2. Mohd.Shahril b. Abd.Malik
3. Khairul Ajmal bin Ahmad
4. Ahmad Helmi b Jamaluddin
5. Mhd.Izwan b Mhd.AlKasirah

Hal-Hal Berbangkit:
1. Pembahagian kumpulan pelajar bagi setiap exco akan dibuat dengan mengisi borang exco yang akan diedarkan pada hari esok
2. Bendahari akan membuat kutipan RM2 pada hari esok .
3. Mengambil gambar segala aktiviti dan program yang dianjurkan untuk dimasukkan ke dalam blog.
4. Setiap ahli mesyuarat perlu memikirkan nama yang sesuai untuk Pelajar-Pelajar Pendidikan Islam tahun 3 dan akan dibincangkan pada mesyuarat akan datang


Get ISLAMIC-Graphics

salam sahabat2 sekalian........


Terima kasih kerana sudi menjenguk walau sekilas pandang halaman yang tidak seberapa ini...Diharap kiter semua akan mendapat manfaat sedikit sebanyak hasil daripada ciptaan blog PI 3 ini serta mengeratkan lagi jalinan ukhwah di antara kita...
Nantikan program2 menarik yang bakal menyusul buat anda semua!!!!!!!!!

Kami Guru Malaysia.............