assalamualaikum Pictures, Images and Photos

>>>DOAKU AGAR<<<


MyCartopia.com Click here to get one

PERASMIAN BENGKEL SOFTSKILL PIPAQ.....






PROGRAM PESTA KONVOKESYEN KE-37

12 Ogos 2009
10.00 am - 1.00 pm
Alunan Rentak Islam
Pentas Kebudayaan
8.00 am - 5.00 pm
Voices Of Tomorrow
Dewan Gemilang
2.00 pm – 5.00 pm
Konvo Fear Factor
Pentas Kebudayaan
8.00 pm - 11.00 pm
Bicara Ad-Din
Pentas Kebudayaan
13 Ogos 2009
8.00 am - 12.00 pm
Riang Ria Bersama Pizza Hut
Pentas Kebudayaan
8.00 pm - 11.00 pm
Malam Perasmian
Dataran Dewan Gemilang
14 Ogos 2009
8.00 am - 12.00 pm
Choral Speaking
Pentas Kebudayaan , Dewan Gemilang

Pertandingan Azan
Dewan Gemilang

Pertandingan Hafazan
Bilik Konvensyen Kolej Keris Mas

8.00 am - 5.00 pm
Festival Pantun (Saringan)
Pusat Penyelidikan Dan Inovasi
2.30 pm - 5.00 pm
Kids Fun Cheer
Pentas Kebudayaan
Cosplay Convo
Pentas Diraja
Pertandingan Tilawah / Iqra
Dewan Gemilang
8.00 pm - 11.00 pm
Malam Simfoni Nurani
Pentas Kebudayaan
15 Ogos 2009
8.00 am - 12.00 pm
Demonstrasi Arena Pendekar
Pentas Kebudayaan
Pesona Wanita Anggun
Dewan Gemilang
8.00 am - 5.00 pm
Pertandingan Memancing
Tasik Kejuruteraan

Pertandingan Reka Cipta Wau Bulan Dan Permainan Rakyat
Pusat Penyelidikan Dan Inovasi

Festival Pantun (Final)
Dewan Gemilang

Pertandingan Chess
Bilik Konvensyen Kolej Keris Mas
2.00 pm - 5.00 pm
Ilusi Suara UKM
Pentas Kebudayaan
8.00 pm - 11.00 pm
Evolusi Seni Tari
Pentas Kebudayaan
16 Ogos 2009
9.00 am - 5.00 pm
Enchanted Motor Show
Dataran Dewan Gemilang
Convo Car Saloon
Convo RC Drift Battle
8.00 pm - 11.00 pm
International Culture Show
Dewan Gemilang
17 Ogos 2009
9.00 am - 12.00 pm
Malaysian Cooking Challenge
Dataran Dewan Gemilang
Forum
Dewan Gemilang
Pertandingan Pidato
Pusat Penyelidikan Dan Inovasi
9.00 am - 5.00 pm
Super Built Tower
Pentas Diraja
2.00 pm - 5.00 pm
Malaysian Books of Records
Pentas Kebudayaan
Sejenak Bersama UKM
Pusat Penyelidikan Dan Inovasi
8.00 pm - 11.00 pm
Seni Pentas Dimusical
Pentas Kebudayaan
18 Ogos 2009
9.00 am - 12.00 pm
Seni Kaligrafi
Pentas Diraja
Pertandingan Kawad Kaki
Stadium
8.00 pm - 11.00 pm
Majlis Malam Penutup
Pentas Kebudayaan

H1N1,,,,,,peringatan buat smua mahasiswa/i



Bangi, 11 Ogos : Sejumlah 203 kes baru influenza A(H1N1) termasuk 6 kes kematian dilaporkan dan kesemuanya adalah kes tempatan yang terdiri daripada warga negara Malaysia. Jumlah terkumpul kes influenza A(H1N1) di Malaysia sehingga 10 Ogos 2009 adalah sebanyak 1983 kes dengan jumlah kematian 32 orang.

Untuk makluman, pada masa ini terdapat seramai 67 pesakit sedang dirawat di hospital dan seramai 15 lagi dirawat di ICU. Daripada 15 kes yang berada di Unit Rawatan Rapi, 6 daripada mereka mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik (3), obesiti (1), post-delivery (1) dan bayi (1).

MPP Fakulti Pendidikan, Affandi Abdul Rahman menyifatkan penyakit ini tersebar begitu pantas dan mahasiswa/i seharusnya mengambil berat akan situasi ini.

"Angka kematian semakin meningkat dan ada mahasiswa/i UKM yang turut disahkan positif H1N1. Jadi, saya menyeru kepada semua agar mengambil langkah pencegahan sebelum keadaan menjadi lebih parah."katanya.

Merujuk kepada situasi global, sehingga 10 Ogos 2009, sejumlah 208,155 kes dengan 1,688 kematian telah dilaporkan daripada 174 negara. Ia merupakan peningkatan sebanyak 1066 kes dengan 100 kematian berbanding dengan hari sebelumnya.

Justeru, mahasiswa/i dinasihatkan supaya sentiasa mengambil langkah-langkah berikut :

  1. Bagi mereka yang mengalami simptom dan berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi akibat jangkitan Influenza A(H1N1) diminta SEGERA mendapatkan rawatan. Rawatan anti-viral akan diberikan tanpa memerlukan ujian pengesahan makmal. Rawatan ini sangat berkesan untuk mengubati pesakit jika dimulakan dalam tempoh 48 jam selepas gejala bermula.

  2. Bagi mereka yang mempunyai simptom yang ringan diminta untuk mendapatkan rawatan simptomatik. Mereka juga dinasihatkan untuk berada di bilik dan membatas pergaulan serta aktiviti di luar. Kebersihan diri dan etika batuk perlu sentiasa diamalkan. Sekiranya terpaksa keluar, pakai penutup mulut dan hidung (mask) jenis ‘three ply’ untuk mengurangkan penularan virus kepada orang lain.

  3. Berikan perhatian kepada tanda-tanda amaran seperti masalah sukar bernafas, demam atau sakit dada yang berterusan, batuk/kahak berdarah, muntah/cirit-birit yang kerap. Dapatkan rawatan SEGERA apabila mengalami tanda-tanda tersebut.

  4. Mahasiswa/i diminta terus mengamalkan cara hidup sihat termasuk banyak meminum air, tidak merokok, makan secara sihat dan melakukan aktiviti fizikal. Amalkan langkah-langkah pencegahan H1N1 bagi mengurangkan penularan penyakit ini.

  5. Penutupan sesebuah institusi bergantung pada penilaian risiko yang dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah dan persetujuan bersama dengan pihak pengurusan institusi.

  6. Di hospital kerajaan, ujian pengesahan jangkitan influenza A(H1N1) hanya dibuat untuk kes-kes yang dimasukkan ke hospital sahaja.

Mahasiswa/i boleh mendapatkan maklumat melalui talian hotline yang beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang di talian 03-88810200 dan 03-88810300. Maklumat terkini juga boleh didapati daripada laman web Kementerian Kesihatan Malaysia http://www.moh.gov.my dan http://h1n1.moh.gov.my.

Kerjasama semua pihak amat diharapkan supaya jangkitan H1N1 dapat ditangani dengan berkesan.

Tautan Kasih Bersama Dekan...(2/8/09)

Terima kasih kepada sahabat2 semua kerana sudi hadir ke majlis tautan kasih bersama dekan kiter, Datin Siti Rahayah Arifin smlm...syukran...gmbar2 akan diupload dr semasa ke semasa...so....selalu la check blog ni ek......





PERHATIAN!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Salam.....Semua warga PIPAQ Tahun 3....Sahabat2 semua diwajibkan hadir ke:
Program Tautan Kasih Bersama Dekan
Tema: Kasih Dihulur Sayang Disambut
Tarikh: 2/8/2009
Hari: Ahad
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Kompleks Bestari
Pakaian: Formal Guru
p/s: Kehadiran akan diambil...sesiapa yang tidak menghadirkan diri..diminta memberikan surat tunjuk sebab kepada Penyelaras PIPAQ....Dr. Isa....

MESYUARAT KALI-1 MT & EXCO PI TAHUN 3

Perbincangan Program Dan Aktiviti Pelajar Pendidikan Islam Tahun 3
Cadangan :
1. Hari Keluarga Pendidikan Islam tahun 3
2. Kem Motivasi untuk pelajar sekolah
3. Jelajah IPT bagi Pendidikan Islam sama ada di USIM/UPSI/UTM/UPM
4. Karnival Sukan Bowling
5. Majlis Berbuka Puasa
6. Usrah bersama pelajar-pelajar Pendidikan Islam tahun 1 dan 2
7. Jualan dan tempahan bleser
8. Friendly IPT Netball and Futsall
9. Bengkel Kesedaran SivikDinner Pendidikan Islam Tahun 3.

Tazkirah
1. MT dan Exco muslim diminta untuk memberi tazkirah lima minit sebelum kuliah bermula
2. Tazkirah yang berkaitan dengan isu-isu semasa
3. Bertujuan untuk muhasabah diri dalam diri setiap pelajar

Tema Pakaian Pelajar Pendidikan Islam Tahun 3

1. Cadangan untuk mewajibkan kepada semua pelajar Pendidikan Islam tahun 3 memakai pakaian mengikut tema pada hari yang ditetapkan iaitu :
i. ISNIN : Baju bewarna biru,bertali leher bagi lelaki dan berkasut
ii. KHAMIS: Baju batik dan berkasut
2. Semua ahli mesyuarat bersetuju dan tema pakaian ini akan dikuatkuasakan bermula pada minggu hadapan.


Pemilihan Nama Bagi YDP PIPAQ
Cadangan :
1. Mohd.Khomeini bin Meor Shaari
2. Mohd.Shahril b. Abd.Malik
3. Khairul Ajmal bin Ahmad
4. Ahmad Helmi b Jamaluddin
5. Mhd.Izwan b Mhd.AlKasirah

Hal-Hal Berbangkit:
1. Pembahagian kumpulan pelajar bagi setiap exco akan dibuat dengan mengisi borang exco yang akan diedarkan pada hari esok
2. Bendahari akan membuat kutipan RM2 pada hari esok .
3. Mengambil gambar segala aktiviti dan program yang dianjurkan untuk dimasukkan ke dalam blog.
4. Setiap ahli mesyuarat perlu memikirkan nama yang sesuai untuk Pelajar-Pelajar Pendidikan Islam tahun 3 dan akan dibincangkan pada mesyuarat akan datang